Jejaka Inggeris pilihan Dr Nur Amalina

Dr Nur Amalina umum bertunang di Twitter rasminya.
Dr Nur Amalina umum bertunang di Twitter rasminya.
A
A
A

PELATIH pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bertunang dengan kekasih hatinya.

Berita gembira itu dikongsikan Dr Nur Amalina di Twitternya hari ini.

Dr Nur Amalina turut berkongsi ciapan, "Teruja dengan persiapan perkahwinan (UK dan Malaysia) #bertunang" berserta gambar bersama seorang jejaka Inggeris dan cincin di jari manisnya.

Perkongsian itu mencuri perhatian peminat dan warganet di Malaysia.

Kata-kata ringkas beliau membuat ramai teruja dan gembira menerima berita tersebut.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas pertunangan dengan kekasihnya yang kacak dan tinggi lampai.

Kata @ishahtul, "Doktor kegemaran saya sudah tunang, tahniah doktor. Moga kekal bahagia".

Ujar @Ocenbe, "Tahniah doktor, moga semua berjalan lancar seperti dirancang".

Artikel Berkaitan:

Tambah @abu pula, "Tahniah. Saya doakan kamu dan suami menjadi orang yang beriman kepada ALLAH".

Berita gembira baru dikongsi jam 5.35 petang tadi telah meraih lebih lebih 8,000 tanda suka dan lebih 2,000 ulang kongsi oleh warganet.

Sebelum ini Dr Nur Amalina bersikap terbuka berkongsi kisah peribadinya di Twitter, Instagram malah kerap memuat naik gambar bersama kekasihnya.