OKT bergari ditemui mati terjatuh dari tingkat lima

OKT masih bergari ditemui mati di bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang hari ini.
OKT masih bergari ditemui mati di bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang hari ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) ditemui mati dalam keadaan tangan masih bergari dipercayai terjatuh daripada tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, lelaki berkenaan ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Difahamkan lelaki terbabit baru sahaja dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM2,000 atas kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

OKT masih bergari ditemui mati di bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang hari ini.
OKT masih bergari ditemui mati di bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang hari ini.

"Setakat ini, saya boleh sahkan kejadian tersebut dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

"Maklumat lanjut dalam kes ini akan diberikan setelah siasatan dijalankan," katanya

Artikel Berkaitan: