X

Kindly register in order to view this article
!

Kempen akhir PRK Cameron Highlands, Tun M bikin panas!

A
A

LIPIS - Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad turun buat kali pertama hari ini dalam kempen akhir PRK Cameron Highlands.

Disambut ribuan orang ramai yang mula membanjiri Dataran Koyan sejak jam 10.30 pagi tadi, Tun Mahathir tiba di dataran tersebut pada jam 12 tengahari.

Kehadiran beliau disambut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu selain Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin.

Laungan 'Harapan' berkumandang' sebaik ketibaan Tun pada majlis tersebut.

Gelombang merah memenuhi ruang di segenap ruangan di dataran itu.

PRK Cameron Highlands akan berlangsung esok dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran; Ramli Mohd Nor dari Barisan Nasional (BN) serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib serta petani tempatan, Wong Seng Yee.