Budak perempuan mahu jumpa penembak masjid New Zealand

Tarrant yang mengaku bersalah membunuh 51 orang pada tahun lalu akan dijatuhkan hukuman pada 24 Ogos ini.
Tarrant yang mengaku bersalah membunuh 51 orang pada tahun lalu akan dijatuhkan hukuman pada 24 Ogos ini.
A
A
A

CHRISTCHURCH - Seorang budak perempuan yang mengalami kerosakan otak dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand mahu berjumpa dengan penyerang rumah ibadat ALLAH itu, Brenton Tarrant di sebuah mahkamah di negara tersebut.

Menurut akhbar MailOnline pada 9 Ogos lalu, kanak-kanak berkenaan yang pada masa kejadian berusia empat tahun mahu mengemukakan pertanyaan kepadanya kenapakah dia sanggup melakukan kejadian tersebut.

Penyerang itu yang merupakan rakyat Australia dan berusia 29 tahun mengaku bersalah membunuh 51 orang dan mencederakan puluhan yang lain dalam kejadian pembunuhan di Masjid Al-Noor dan Pusat Islam Linwood pada 15 Mac 2019.

Tarrant kini dipenjarakan di sebuah penjara yang dikawal ketat di Auckland sebelum menunggu sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman pada 24 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang masjid Christchurch wakili diri sendiri di Mahkamah

Pada bulan Mac lalu, dia menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah melakukan 51 pembunuhan dan satu dakwaan keganasan.

Bapa kanak-kanak itu memberitahu portal berita Stuff, dia kini sedang pulih daripada kecederaannya dan mula mengingati serangan yang mengerikan itu.

Dia yang dapat mengingati kejadian tersebut dan selalu bertanya kepadanya: "Kenapakah dia mencederakan saya."

Budak itu yang namanya tidak didedahkan bagi melindungi identiti dirinya menghabiskan masa selama tiga bulan untuk pulih daripada kecederaan di sebuah hospital selain sukar untuk berjalan dengan betul.

Artikel Berkaitan:

Bapanya berkata, dia akan mengemukakan pertanyaan sama ada anaknya boleh membaca satu kenyataan kepada penembak tersebut di mahkamah. - Agensi