X

Kindly register in order to view this article
!

Sesiapa langgar kesalahan tidak terlepas, kata Hamzah

Hamzah (kanan) mendengar sendiri penjelasan Mohd Asri yang berkunjung ke Parlimen hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil ke atas pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melindungi aktiviti perjudian dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jika didapati terlibat, mereka akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Ini kerana katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pendedahan dilakukan pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid mengenai premis judi dan rokok adalah benar.

"Sesiapa yang langgar kesalahan akan kita ambil tindakan yang tegas dan kalau dapat kita pastikan mereka dihukum mengikut perundangan yang ada dalam negara.

"Jadi saya ucap terima kasih kepada saudara Asri kerana lakukan ini (pendedahan).

"Tapi kalau boleh lain kali buat video hantar kepada saya atau pun hantar ke KDN melalui Ketua Setiausaha (KSU) tidak payah hendak viralkan kerana saya takut keselamatan (terancam) kepada pemberi maklumat," katanya pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, beliau juga memberi jaminan keselamatan Mohd Asri akan diberi perhatian.

"Jaminan dia bersama saya," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Mohd Asri yang kini berdepan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Hamzah memberitahu siasatan sewajarnya akan dilakukan.

"Kalau kita lihat video itu, dia (Mohd Asri) ada lakukan macam-macam perkara contohnya dia kata nanti diri dia tidak selamat.

"Tuduhan-tuduhan yang dia buat itu akan kita pastikan sama ada ia benar atau tidak, segala kebenaran berpihak kepada dia, yang melakukan kesalahan juga akan diambil tindakan," katanya.

Hamzah bagaimanapun memberi jaminan siasatan yang adil akan dilakukan ke atas Mohd Asri.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

Tak berniat cetus kontroversi, Asri Janggut mohon maaf...

Netizen samakan kes Asri Janggut seperti dalam filem One Two Jaga


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!