Erynne Erynna selamat lahirkan bayi sulung

Erynne Erynna selamat melahirkan bayi sulungnya pagi semalam. - Foto Instagram erynneerynna
Erynne Erynna selamat melahirkan bayi sulungnya pagi semalam. - Foto Instagram erynneerynna
A
A
A

PELAKON Erynne Erynna, 24, selamat melahirkan bayi sulungnya jam 2.31 pagi semalam.

Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah terkenal dengan lakonan hebat sewaktu zaman ciliknya memuat naik gambar bayi perempuannya di laman sosial Instagram hari ini.

Bayi comel itu diberi nama Medinah dilahirkan secara normal.

Sebelum ini, dalam entri Instagram, pelakon yang aktif sejak usia lapan tahun itu memohon agar peminatnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan ketika proses melahirkan.

Rentetan perkongsian terbaharu itu, peminatnya menzahirkan ucapan tahniah kerana bergelar ibu semasa muda dan mendoakan bayi dan ibu sihat sentiasa.

Mereka juga mengucapkan selamat berpantang buat pelakon tersebut.