Erynne Erynna selamat lahirkan bayi sulung
PELAKON Erynne Erynna, 24, selamat melahirkan bayi sulungnya jam 2.31 pagi semalam.
Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah terkenal dengan lakonan hebat sewaktu zaman ciliknya memuat naik gambar bayi perempuannya di laman sosial Instagram hari ini.
Bayi comel itu diberi nama Medinah dilahirkan secara normal.
Sebelum ini, dalam entri Instagram, pelakon yang aktif sejak usia lapan tahun itu memohon agar peminatnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan ketika proses melahirkan.
Rentetan perkongsian terbaharu itu, peminatnya menzahirkan ucapan tahniah kerana bergelar ibu semasa muda dan mendoakan bayi dan ibu sihat sentiasa.
Mereka juga mengucapkan selamat berpantang buat pelakon tersebut.
Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pm'Jika nyawa boleh diganti, biarlah saya pergi dulu'- Bapa Sivasutan
24 April 2024 05:34pm[VIDEO] Mahkamah tolak permohonan pekebun durian musang king
24 April 2024 05:03pm[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
25 April 2024 09:10amPelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
25 April 2024 07:30am