Gadis tanpa tangan guna kaki untuk bersolek dan makan

Inga bersolek guna kaki. - Foto: Metro
Inga bersolek guna kaki. - Foto: Metro
A
A
A

ATLANTA - Seorang pelajar undang-undang yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangannya tetap meneruskan kehidupan dengan belajar menggunakan kaki ketika memasak, bersolek dan bermain alat muzik selo.

Inga, 22, yang tinggal di Atlanta, Georgia merupakan anak angkat pasangan Amerika, Daniel dan Jennifer Petry, lapor Metro.

Menurut Inga, dia diambil menjadi anak angkat ketika usia dua tahun dan tidak mengenali kedua ibu kandungnya setelah dilahirkan di Novosibirsk di Siberia dengan tanpa kedua-dua tangan hingga ke paras bahu.

Inga makan guna kaki. - Foto: Metro
Inga makan guna kaki. - Foto: Metro

Bapa angkatnya, Daniel merupakan seorang akauntan, manakala ibu angkatnya, Jennifer adalah seorang pemuzik. Mereka membesarkan Inga dengan caranya tersendiri, malah tidak mudah berputus asa mendidik anak istimewa itu.

Jennifer juga mengajar Inga cara bermain selo dengan kakinya.

Inga berkata, dia menggunakan kaki untuk menulis, menaip, makan dan memasak.

"Ibu bapa saya mengajar saya tanpa mengeluh. Walaupun pada awalnya sukar, tapi lama kelamaan sudah mahir," katanya sudah mampu berdikari bagi menempuhi cabaran mendatang.

Artikel Berkaitan: