Pemandu lori didakwa pindah 20 biri-biri secara haram

Lori yang membawa biri-biri berkenaan dirampas oleh Aksem dalam serbuan pda April lalu dan diserahkan kepada JPV untuk tindakan lanjut.
Lori yang membawa biri-biri berkenaan dirampas oleh Aksem dalam serbuan pda April lalu dan diserahkan kepada JPV untuk tindakan lanjut.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan seorang pemandu lori memindahkan 20 ekor biri-biri secara haram mengundang padah apabila didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas, hari ini.

Majistret Muhammad Yusuf Abdullah mengenakan denda itu selepas tertuduh, Muhamad Faiz Zolkeplai, 32, dari Alor Pasir, Pasir Mas tersebut mengaku salah atas pertuduhan itu.

Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tujuh bulan manakala wang hasil jualan ternakan berjumlah RM3,250 dilucut hak dan diserahkan kepada hasil kerajaan.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Faiz didakwa memindahkan biri-biri berkenaan menggunakan lori jenis Isuzu tanpa kebenaran bertulis atau Sijil Kesihatan Veterinar daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kelantan atau mana-mana pihak berkuasa.

Kesalahan dilakukan di Jalan Kampung Rahmat, Panglima Bayu-Rantau Panjang, Pasir Mas pada jam 3 petang, 30 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan (a) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut Negeri Kelantan yang diwartakan mengikut Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953 serta didenda mengikut Subseksyen 36(7) akta sama.

Biri-biri yang dipindahkan tanpa kebenaran pihak berkuasa menyebabkan Muhamad Faiz didenda RM6,000 dan penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini.
Biri-biri yang dipindahkan tanpa kebenaran pihak berkuasa menyebabkan Muhamad Faiz didenda RM6,000 dan penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini.

Berdasarkan fakta kes, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan yang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan menahannya.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan mendapati pemandu tersebut gagal mengemukakan Surat Kebenaran Pindah dan Sijil Kesihatan Veterinar. Lori dan biri-biri berkenaan dirampas serta diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterina Kelantan, Mohd Sharif Sabran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.