Kelantan warta 1,644.73 hektar tanah untuk orang asli

Mohd Amar Nik Abdullah (Gambar Fail)
Mohd Amar Nik Abdullah (Gambar Fail)
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan mewartakan seluas 1,644.73 hektar tanah sebagai kawasan penempatan orang asli di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kawasan tersebut melibatkan sembilan pos seperti cadangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Bagaimanapun katanya, ada beberapa cadangan lain daripada jabatan itu yang belum dilaksanakan sepenuhnya kerana beberapa isu yang perlu diselesaikan.

"Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada kedudukan dan kebajikan masyarakat orang asli di negeri ini," kata Mohd Amar yang menjawab soalan Abdul Aziz Yusoff (BN-Nenggiri) semasa Persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Abdul Aziz mengemukakan soalan mengenai perancangan khusus kerajaan bagi mewartakan tanah-tanah penempatan Orang Asli di Negeri Kelantan secara tersusun dan sistematik.

Sementara itu, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) turut mengemukakan soalan tambahan melibatkan tempoh yang diperlukan untuk mewarta sesebuah kawasan tersebut, termasuk sejauh mana jaminan status kekal tanah yang diwartakan itu.

Menjawab soalan tambahan itu, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri menyedari keperluan orang asli terutamanya untuk memiliki kawasan rayau dan bercucuk tanam dan setakat ini secara dasarnya, tanah yang diwartakan adalah kekal dan tidak akan diambil semula.

Artikel Berkaitan: