Kerajaan naikkan peruntukan institusi tahfiz, sekolah agama

Ahmad Marzuk Shaary
Ahmad Marzuk Shaary
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menaikkan jumlah peruntukan untuk sekolah tahfiz, pondok dan sekolah agama kepada RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2019 dan tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun 2017 dan 2018.

Menurutnya, pada tahun 2017, ketiga-tiga institusi itu mendapat peruntukan sebanyak RM80 juta manakala tahun berikutnya menurun kepada RM75 juta.

"Kerajaan dari masa ke masa berusaha untuk memastikan institusi pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini sentiasa kekal berdaya saing selari dengan aspirasi negara untuk memartabatkan institusi pendidikan Islam dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

"Bermula 2017, peruntukan khas secara one- off diberikan sebanyak RM80 juta dan RM75 juta pada 2018. Bagaimanapun jumlah meningkat pada tahun 2019 dan 2020 kepada RM100 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH- Parit Buntar) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah peruntukan diberikan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok bagi tahun 2017 sehingga 2020.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, keseluruhan peruntukan untuk ketiga-tiga institusi itu diagihkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Artikel Berkaitan: