Pegawai khas lapor polis berita palsu kematian Pak Lah

Jefridin
Jefridin
A
A
A

PUTRAJAYA - Pegawai khas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Jefridin Atan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Tengku Shah Reza Aziz yang didakwa menyebarkan berita palsu berhubung kematian bekas Perdana Menteri ke-5 itu.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini.

Selain itu, Jefridin turut membuat laporan polis terhadap penyebar berita palsu menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketika ditemui pemberita, beliau kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu yang berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

"Penularan berita palsu dua kali dalam tempoh seminggu ini telah menimbulkan ketidaksenangan kepada pihak pejabat Tun Abdullah termasuk keluarganya," katanya.

MENYUSUL

Artikel Berkaitan: