MP Kepong tawar bayarkan denda

Lip Eng sedia membantu ramaja yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul di Stesen Komuter Rawang baru-baru ini.
Lip Eng sedia membantu ramaja yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul di Stesen Komuter Rawang baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng bersedia membantu remaja yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan cara betul di Stesen Komuter Rawang baru-baru ini.

Kejadian berkenaan dilaporkan sebuah stesen televisyen tempatan kelmarin ketika pemeriksaan dan pemantauan oleh pasukan polis di stesen tersebut.

Lip Eng menerusi kenyataan di Facebooknya berkongsi simpati terhadap nasib remaja berkenaan dan bersedia menghulurkan bantuan.

"Kepada pelajar tersebut, sila hubungi saya bagi membantu menjelaskan denda RM1,000 tersebut.

"Saya juga berharap orang ramai khususnya remaja dapat sama-sama mematuhi SOP (prosedur operasi standard) bagi mencegah penularan Covid-19," tulisnya semalam.

Semalam, isu denda ke atas remaja berkenaan menarik perhatian netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan tegas ke atas remaja itu susulan statusnya yang masih bersekolah.

Ada juga yang menganggap tindakan itu sebagai berat sebelah dengan membandingkan penguatkuasaan terhadap orang awam dan ahli politik yang tidak menggunakan pelitup muka semasa berada di tempat awam.

Terdahulu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan dalam pengangkutan awam sejak 1 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Kegagalan berbuat demikian berdepan tindakan denda RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).