Ibu bayi kembar tujuh bulan positif dadah

Ibu tunggal anak lima termasuk dua bayi kembar tujuh bulan ditahan positif dadah.
Ibu tunggal anak lima termasuk dua bayi kembar tujuh bulan ditahan positif dadah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Ibu kepada sepasang anak kembar berusia tujuh bulan lalu antara 16 individu yang ditahan dalam serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya dekat Taman Seri Impian, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, wanita berusia 28 tahun itu yang juga merupakan ibu tunggal dan mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua dan lapan tahun dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.

Arnida memaklumkan, ketika serbuan, seorang rakan kepada ibu tunggal berkenaan yang berusia 33 tahun turut ditahan bersama kekasihnya yang berusia 34 tahun serta kedua-duanya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Hasil risikan mendapati, mereka menjadikan rumah wanita tersebut yang diduduki bersama ibu bapanya sebagai lokasi melepaskan gian," katanya.

Menurutnya, operasi bermula jam 9 pagi hingga 9.30 malam itu telah menggempur 11 kawasan di sekitar Sungai Petani, Sungai Layar dan Merbok, berjaya menahan 16 individu berusia 21 hingga 60 tahun kerana positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Artikel Berkaitan: