X

Kindly register in order to view this article
!

FGV sasar jual 40,000 baja sebatian tahun depan

Dua jenis baja FGV yang mendapat permintaan tinggi sepanjang tempoh PKP.
A
A

FGV Holdings Berhad (FGV) menyasarkan untuk menjual 40,000 botol baja sebatian menjelang 2021, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Menurutnya, sasaran itu didorong oleh peningkatan permintaan dalam kalangan pekebun persendirian dan komuniti pertanian bandar ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.

“FGV telah menjual lebih daripada 13,000 botol hingga bulan Julai tahun ini berbanding penjualan 16,000 botol sepanjang tahun lalu.

“Lonjakan minat dalam aktiviti perkebunan di rumah dan pertanian bandar sepanjang tempoh PKP telah memberi peluang kepada FGV untuk mengembangkan perniagaan baja ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi memenuhi pasaran runcit pihaknya telah mengeluarkan baja dalam botol 1 kilogram.

“Baja ini sesuai untuk tanaman rumah, pohon buah-buahan, tanaman hiasan dan tanaman landskap dengan jenama SB45: Baja Penggalak Bunga dan Buah.

“Pada Julai lepas, FGV telah memformulasikan pula jenama SF65: Baja Subur untuk sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

FGV adalah salah satu pengeluar baja sebatian terbesar di Malaysia dengan kilang pengeluaran pertama di dunia yang mempunyai fleksibiliti untuk menghasilkan sebatian berasaskan urea atau ammonium sulfat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!