McPhee terus tambah mata

McPhee (depan) memecut laju pada perlumbaan berkenaan.
McPhee (depan) memecut laju pada perlumbaan berkenaan.
A
A
A

Pelumba Moto3, Petronas Yamaha SRT, John McPhee mengekalkan kedudukan kelompok tiga pelumba teratas apabila menamatkan saingan Grand Prix (GP) Republik Czech pada kedudukan kelima di Litar Brno semalam.

Menurut McPhee, dia berpuas hati dengan kedudukan itu biarpun gagal mengulangi kejayaan di podium setelah menamatkan perlumbaan di GP Andalusia sebelum ini pada kedudukan kedua.

Justeru menurutnya, dia berazam memperbaiki kedudukan pada GP Austria yang dijadualkan berlangsung mulai 14 hingga 16 Ogos ini.

“Ia satu perlumbaan yang sukar tetapi pada akhirnya saya gembira menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima setelah bermula pada petak ke-18.

“Bagaimanapun seperti yang saya katakan sebelum ini adalah penting untuk sentiasa melihat ke hadapan kerana apa yang penting adalah untuk mengumpul mata pada setiap perlumbaan.

“Kini, jurang mata yang saya miliki dengan pelumba-pelumba lain juga tidak begitu jauh dan saya akan cuba lagi yang terbaik di GP Austria kelak," katanya selepas perlumbaan semalam.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi bangga apabila menamatkan perlumbaan di sebalik kecederaan pada jari tangan kanannya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap cuba memberikan fokus kepada perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Artikel Berkaitan:

“Secara jujurnya, saya tidak fikir kami mampu menamatkan perlumbaan hari ini kerana saya mengalami masalah dengan jari saya (sukar menekan brek).

“Bagaimanapun, saya hanya cuba untuk meneruskan (perlumbaan) dengan mengambil satu demi satu selekoh dan menyasarkan untuk menamatkan perlumbaan kali ini dan saya gembira kerana berjaya melakukannya di sebalik rasa sakit di jari saya.

“Bagaimanapun setelah bermula agak jauh ke belakang, saya dapati memang agak sukar untuk saya mengejar kedudukan. Oleh itu, saya pasti pada perlumbaan seterusnya di Austria, jari saya akan sembuh bagi membolehkan saya untuk mencuba meraih mata,” katanya.