Mazda 6 terbakar di kawasan tanah perkuburan

Kereta Mazda 6 yang terbakar di kawasan perkuburan Islam Kampung Bohol, Kuala Lumpur hari ini.
Kereta Mazda 6 yang terbakar di kawasan perkuburan Islam Kampung Bohol, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Mazda 6 terbakar di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.00 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

Menurut Komander Operasi, PBK II Rosmawie Ismail, setibanya jentera di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kereta berkenaan telah terbakar seratus peratus.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.18 petang sebelum padam sepenuhnya empat minit kemudian," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

"Punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Artikel Berkaitan: