Lelaki ditahan bersama 400 kilogram daun ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 400 kilogram daun ketum dalam Op Benteng koronavirus (Covid-19) di Kampung Wai, Kuala Perlis pagi tadi.
Seorang lelaki ditahan bersama 400 kilogram daun ketum dalam Op Benteng koronavirus (Covid-19) di Kampung Wai, Kuala Perlis pagi tadi.
A
A
A

LANGKAWI - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan seorang lelaki bersama 400 kilogram (kg) daun ketum dalam Op Benteng koronavirus (Covid-19) di Kampung Wai, Kuala Perlis pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 1 Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, terdahulu, sepasukan anggota yang menjalankan tugasan operasi, mengesan lelaki tempatan berusia 29 tahun itu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran sebatang sungai di lokasi tersebut kira-kira 6.30 pagi.

“Pemeriksaan ke atas lelaki tersebut membawa kepada penemuan dua guni disyaki berisi daun ketum. Hasil soal siasat suspek mengaku daun ketum tersebut adalah miliknya, dia kemudian membawa anggota operasi ke lokasi kedua iaitu sebuah kereta yang digunakan untuk menyembunyikan empat lagi guni disyaki berisi daun ketum.

“Suspek kemudian membawa anggota operasi ke lokasi ketiga iaitu sebuah rumah di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis. Pemeriksaan menemukan enam guni disyaki berisi daun ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohizan berkata, suspek bersama 12 guni disyaki berisi daun ketum seberat 400 kg telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki daun ketum,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: