X

Kindly register in order to view this article
!

Bangunan bersejarah Fort Renee terbakar

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran di Fort Renee melibatkan sebuah bilik mesyuarat pemimpin masyarakat di tingkat bawah.
A
A

KUCHING - Bangunan bersejarah, Fort Renee yang berusia 132 tahun di Saratok, kira-kira 208 kilometer dari sini, terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira jam10.32 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok diketuai Nazry Mohamat bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.55 pagi, hanya 20 peratus atau 790 meter persegi bangunan itu musnah membabitkan sebuah bilik mesyuarat pemimpin masyarakat yang terletak di tingkat bawah,” katanya.

Bangunan bersejarah dua tingkat itu dibina pada tahun 1988 semasa pemerintahan Charles Brooke sebagai kemudahan pertahanan dan pejabat pentadbiran untuk memungut cukai daripada penduduk Saratok.

Kerajaan negeri Sarawak terus menggunakan bangunan itu selepas kemerdekaan negeri itu bagi menempatkan pejabat Daerah Saratok dan pusat Internet komuniti. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!