Lima pemandu mabuk ditahan

Salah seorang pemandu sedang menjalani ujian kandungan alkohol ketika Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, semalam.
Salah seorang pemandu sedang menjalani ujian kandungan alkohol ketika Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai lima lelaki ditahan menerusi Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, semalam selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 22 hingga 48 tahun ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi.

Beliau berkata, seramai 625 pengguna jalan raya membabitkan 577 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

"Sebanyak 65 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan lima daripadanya membabitkan kesalahan memandu serta menunggang tanpa lesen sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee memaklumkan kesemua individu yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: