'Kami akan kembali lagi musim depan'

Lampard (dua kiri) mengucapkan tahniah kepada pemain Bayern Munich, Philippe Coutinho selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Munich.
Lampard (dua kiri) mengucapkan tahniah kepada pemain Bayern Munich, Philippe Coutinho selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Munich.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard menegaskan bahawa The Blues akan kembali lebih bertenaga musim depan setelah melalui penyingkiran Liga Juara-Juara apabila tewas secara agregat 7-1 ketika menentang Bayern Munich awal pagi tadi.

Juara Bundesliga itu menanti kunjungan skuad Lampard dengan bekalan 3-0 dari Stamford Bridge pada Februari lalu tidak berdepan masalah menambah empat lagi gol untuk kemenangan 4-1 di Allianz Arena.

Pengendali 42 tahun itu, yang menjadi kapten Chelsea ketika menewaskan Bayern pada final Liga Juara-Juara 2012 di Munich, mengakui kelab Inggeris itu dikalahkan oleh kualiti pemain Bavaria sepanjang 180 minit.

“Kami tewas kepada kelab yang lebih baik dan sempurna segalanya, tapi sejujurnya ini pengalaman cukup berguna kepada skuad muda Chelsea dan saya percaya permainan mereka akan lebih baik dan matang selepas ini.

“Ini adalah latihan yang baik untuk kami melawan Bayern dan pengalaman Liga Juara-Juara mereka, dengan banyak pemain kami menjalani musim debut.

“Saya dapat melihat ke mana saya mahu kami pergi dan saya tahu kami akan kembali sekali lagi musim depan," katanya.

Artikel Berkaitan: