Tujuh sekawan ditahan ketika bungkus dadah

Tujuh sekawan ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Temin, Ulu Melaka, Langkawi, semalam.
Tujuh sekawan ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Temin, Ulu Melaka, Langkawi, semalam.
A
A
A

LANGKAWI - Tujuh sekawan ditahan ketika sedang membungkus dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Temin, Ulu Melaka, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menahan kesemua lelaki berusia antara 22 hingga 35 tahun berkenaan dalam serbuan lebih kurang jam 2.02 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dan Balai Polis Teriang.

"Dalam serbuan itu, pihaknya mendapati lima lelaki berada di ruang tamu di kediaman itu sebelum menemui satu kotak rokok di atas meja di hadapan mereka.

"Melalui pemeriksaan, kita menjumpai tujuh paket plastik lutsinar yang berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 5.3 gram (g)," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, polis kemudiannya menemui dua lagi lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di bahagian ruangan dapur rumah itu.

"Kita menemui 17 paket plastik lutsinar yang berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran 158.3 g dalam sebuah beg plastik berwarna kuning cair ketika melakukan pemeriksaan di atas meja di hadapan dua lelaki itu," katanya.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati lima dari tujuh lelaki ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine.

Mohd Iqbal berkata, susulan itu, kesemua tujuh individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta merampas merampas barangan salah terbabit dan wang tunai sebanyak RM730.

Artikel Berkaitan: