Maut rempuh lori berhenti tepi jalan

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan malam tadi. - Foto ihsan polis
Gambar kecil: Hanyan Ramlan
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan malam tadi. - Foto ihsan polis Gambar kecil: Hanyan Ramlan
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pekerja kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 154 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan di Jambatan Geliga malam tadi.

Mangsa, Mohamed Zawi, 56, dari Perumahan Kos Rendah Taman Fikri, di sini mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 8.35 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah merempuh bahagian belakang kanan lori yang sedang berhenti di bahu jalan sebelah kiri, dipercayai mengalami kerosakan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Jelasnya, pemandu lori tersebut yang berusia 47 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 APJ 1987.

Artikel Berkaitan: