Quartararo, Morbidelli yakin catat kejayaan

Fabio Quartararo. - Foto 123RF
Fabio Quartararo. - Foto 123RF
A
A
A

BIARPUN mengalami sedikit kemalangan pada sesi ujian kelayakan kedua semalam, pelumba Petronas Yamaha SRT Fabio Quartararo tetap optimis untuk mencatatkan kejayaan pada Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno, hari ini.

Quartararo berkata, kemalangan berkenaan tidak begitu serius berikutan dia masih mampu bangkit untuk mengejar pelumba-pelumba lain pada sesi kelayakan semalam dan akhirnya mengesahkan untuk memulakan perlumbaan hari ini pada petak hadapan.

Justeru menurut Quartararo, ia bakal menjadi satu perlumbaan yang baik berdasarkan kepada keputusan baik yang diperolehi pada sesi kelayakan sebelum ini.

“Untuk perlumbaan hari ini saya mahu bermula dengan baik dan berada pada barisan hadapan membuatkan saya lebih positif.

“Tambahan pula dengan kerja keras daripada pasukan saya yang membuatkan saya bertambah yakin untuk berlumba dengan baik hari ini,” katanya.

Untuk rekod, Quartararo yang kini pendahulu dalam senarai Kejuaraan Dunia, mengumpul 50 mata hasil dua kemenangan berturut-turut di Litar Jerez sempena GP Sepanyol dan Andalusia sebelum ini.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya Franco Morbidelli berkata, dia akan cuba memberikan tunggangan terbaik pada perlumbaan hari ini bagi merealisasikan hasratnya untuk menaiki podium kali ini.

Morbidelli yang kini berada pada kedudukan kesepuluh dengan 11 mata bagi Kejuaraan Dunia itu yakin hasratnya itu mampu dicapai apabila bakal memulakan perlumbaan kali ini di petak hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Seperti yang selalu saya katakan, saya akan memberikan yang terbaik pada setiap perlumbaan dan kali ini saya rasa lebih serasi dengan jentera saya.

“Tambahan pula saya akan bermula di petak hadapan dan ini menunjukkan kita ada peluang baik untuk sekali lagi mencatatkan kejayaan,” katanya.