Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Beirut

Seorang penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota keselamatan di Beirut hari ini. - Foto: AFP
Seorang penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota keselamatan di Beirut hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

BEIRUT - Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di tengah Beirut hari ini untuk menzahirkan kemarahan mereka ke atas golongan elit politik yang didakwa bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dahsyat di bandar itu yang kini berubah wajah menjadi zon bencana.

Kumpulan protes yang turut menuntut bela itu bagaimanapun dihalang pasukan keselamatan selepas sebahagian daripada mereka mahu menuju ke Parlimen.

Satu pertempuran turut tercetus antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan yang dikerah untuk mengawal laluan utama di ibu negara.

Sementara itu, jumlah mangsa cedera dalam insiden itu telah meningkat kepada kira-kira 6,000 orang.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kematian juga bertambah kepada 158 orang dan angka individu dilaporkan hilang menurun 21 daripada 60 orang.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengesahkan 5,000 mangsa cedera dalam bencana itu dan 120 daripada berada dalam keadaan kritikal. - AFP

Artikel Berkaitan: