Daun kering bentuk 'Love' tanda kerinduan si tukang sapu

Ramesh membuat bentuk 'love' dari dedaun kering menzahirkan rasa rindu, cinta kepada isteri dan keluarga. - Foto Instagram @luvindubai
Ramesh membuat bentuk 'love' dari dedaun kering menzahirkan rasa rindu, cinta kepada isteri dan keluarga. - Foto Instagram @luvindubai
A
A
A

DUBAI - Tukang sapu membuat bentuk 'love' daripada dedaun kering di kaki lima jalan raya bagi menzahirkan perasaan rindu selepas berjauhan dengan isteri dan keluarganya.

Menurut laporan Khaleej Times, Ramesh Gangarajam Gandi, 30, pekerja sebuah syarikat pembersihan mula berpindah di sini pada September lalu.

Dia yang baru mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos terlalu merindui isteri dan keluarga yang berada di India.

"Waktu itu saya rindukan mereka. Saya tidak tahu ada individu yang memerhatikan saya dari jauh dan merakam gelagat saya.

"Saya membuat bentuk 'love' kerana terfikir kampung. Saya tertanya-tanya apa yang mereka buat, bagaimana keadaan mereka dan terutama sekali, saya rindukan isteri," katanya

Terdahulu, aksi Ramesh menundukkan kepala sambil perhatikan bentuk 'love' mencuri perhatian warganet setelah gambarnya dimuat naik di Twitter @lovindubai dan meraih lebih 15,000 tanda suka.

Ramesh memberitahu, terpaksa berpisah dengan isteri dan ahli keluarga kerana tuntutan kerja.

"Saya tidak boleh bawa isteri kerana kos yang tinggi tetapi bersyukur isteri ada temani ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

"Saya bimbang ibu bapa yang sering sakit kerana masalah kesihatan," katanya.

Sementara itu, kisah Ramesh mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Komuniti Dubai dan sebagai menghargai rasa cintanya, pihak berkenaan telah memberi hadiah.