X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki pukul penghantar makanan direman

Kejadian pergaduhan itu turut tular di laman sosial.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Lelaki yang memukul penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran terkenal dalam kejadian di Alma di sini yang pergaduhan tersebut turut menjadi tular di media sosial Facebook, dua hari lalu direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 33 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 7.22 malam semalam.

"Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut, kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk punca suspek bertindak sedemikian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN Penghantar makanan dibelasah pelanggan baran

Katanya, polis juga akan merekodkan keterangan mangsa dan pemilik rumah inap desa yang disewa lelaki itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan kes berkenaan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.

Khamis lalu, polis menjalankan siasatan kes itu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu penghantar makanan berumur 34 tahun yang cedera dipukul suspek dalam kejadian jam 11.05 pagi di sebuah inap desa disewa pelanggan tersebut.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!