'Tubuh parti baharu hanya akan pecah belahkan Melayu'

Rais Yatim
Rais Yatim
A
A
A

KUANTAN - Tindakan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu adalah tidak berasas kerana hanya akan memecahkan orang Melayu kepada lebih banyak parti.

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, kini telah ada parti Melayu di dalam kerajaan seperti Bersatu, UMNO dan Pas.

"Saya melihat penubuhan parti baharu tidak mempunyai alasan yang kukuh namun kita menghormati tindakan Tun M dan kita menganggap beliau seorang yang berinovasi.

"Tetapi ia hanya akan memecahkan orang Melayu kepada lebih banyak parti. Lebih baik Tun M kembali kepada Bersatu atau UMNO," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Pertandingan Fotografi Nilai-Nilai Murni Yayasan Budi di Gelanggang Budi Taman Teluk Cempedak di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut membenarkan permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi membatalkan saman dikemukakan Tun M dan empat yang lain berhubung keahlian mereka dalam Bersatu.

Artikel Berkaitan: