X

Kindly register in order to view this article
!

Sabah mahu politik pembangunan: Hajiji

Hajiji (depan, kanan) bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin (duduk, tengah) mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Badan Pemimpin (BPN) Bersatu Sabah hari ini. - Foto Bernama
A
A

KOTA KINABALU - Dengan bentuk geografi yang luas, Sabah memerlukan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan dalam keadaan penduduknya yang masih amat dahagakan politik pembangunan.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, beliau berpandangan adalah penting untuk kerajaan Sabah sehaluan dengan kerajaan Persekutuan supaya lebih banyak bantuan dan peruntukan pembangunan dapat disalurkan kepada negeri.

“Sabah mahukan politik pembangunan. Kita (Sabah) satu negeri besar yang masih memerlukan banyak peruntukan untuk rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari dan Muafakat Badan Pimpinan Bersatu Sabah bersama Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Penerangan Bersatu, Dr Mohd Radzi Md Jidin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Pendidikan; dan Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, serta kira-kira 150 orang pimpinan tertinggi parti Bersatu Sabah.

Pada majlis itu Hajiji turut menyerahkan 20,080 borang keahlian menyertai parti Bersatu Sabah kepada Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin, menjadikan jumlah keahlian Bersatu Sabah kini mencecah 105,385 orang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!