Covid-19: Indonesia catat 2,277 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes.
Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 83,624 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 65 lagi kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 5,658 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 25,287 kes, diikuti Jawa Timur (24,922) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,856 orang, diikuti Jakarta (924), Jawa Tengah (720), Sulawesi Selatan (334) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: