Tun M kaji keterbukaan PH terima parti baharu

Anwar, Dr Mahathir
Anwar, Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mengkaji keterbukaan Pakatan Harapan (PH) untuk menerima parti baharu yang ditubuhkannya menyertai PH.

Beliau bagaimanapun berkata, belum meneliti kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tak tahu apa dia (Anwar) kata, tapi saya akan kaji," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Solidariti Untuk Kashmir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan adakah beliau sedia mempertimbangkan untuk menyertai PH.

Ia susulan kenyataan Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi bahawa PH bersedia mempertimbangkan kemasukan parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir ke dalam gabungan itu.

Anwar berkata, namun setakat ini belum ada sebarang permintaan daripada bekas Perdana Menteri itu.

"Dia tak minta pun. Sekiranya dia minta kita pertimbangkanlah. Biar dia minta dulu," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan pembentukan parti Melayu dan memberitahu bahawa parti baharu itu tidak terikat dengan mana-mana parti campuran iaitu tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dan tidak juga dengan Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN

Artikel Berkaitan: