Rakyat Sabah disaran pilih kerajaan sehaluan dengan Persekutuan

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disambut mesra oleh penyokong Bersatu ketika menghadiri majlis pemimpin-pemimpin tertinggi Bersatu Sabah pada majlis Muafakat Bersatu di sini hari ini. Foto: Bernama
Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disambut mesra oleh penyokong Bersatu ketika menghadiri majlis pemimpin-pemimpin tertinggi Bersatu Sabah pada majlis Muafakat Bersatu di sini hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Rakyat negeri Sabah disaran memilih sebuah kerajaan negeri Sabah baharu yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan usaha pembangunan untuk rakyat negeri itu berjalan lancar, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, langkah itu antara lain penting dalam menyelaras dasar yang dilaksana kerajaan persekutuan itu dilaksana secara berkesan di peringkat kerajaan negeri sehingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, sebuah kerajaan negeri perlu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan persekutuan, justeru sebuah kerajaan negeri yang hanya mahu bermain politik dan tidak fungsional seharusnya ditolak kerana akan mengganggu usaha membantu rakyat.

"Sudah tentu kita mahu (kerajaan) negeri yang hormati dan amalkan prinsip, semangat persekutuan. Hubungan persekutuan dan negeri penting kerana ada beberapa peruntukan dalam perlembagaan memerlukan dokongan dan sokongan daripada kerajaan persekutuan. Pilihan Raya Negeri Sabah ini peluang terbaik (pilihan kerajaan negeri yang sehaluan dengan persekutuan)," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama pemimpin Bersatu Sabah.

Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu Dr Radzi Jidinm, juga Menteri Kanan (Pendidikan); Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor dan Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Mohamed Azmin berkata, perubahan yang telah berlaku dalam komposisi kerajaan persekutuan pada awal tahun ini memerlukan dokongan dan kerjasama daripada kerajaan negeri.

Ditanya adakah mereka dalam kalangan 'pasukan Azmin' akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, beliau tidak menolak perkara itu dan berkata ia sedang dimuktamadkan.

Artikel Berkaitan:

Mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu, Mohamed Azmin berkata, sebagai menghormati amalan demokrasi di negara ini, setiap individu atau kumpulan boleh menubuhkan parti masing-masing. - Bernama

-