Hotel di Sungai Petani jadi pusat kuarantin

Kenyataan yang tular di laman sosial Facebook bahawa seramai 58 orang warga tempat dan warga Thailand yang datang dari Thailand didakwa ditahan dan dikuarantin di sebuah hotel di Sungai Petani.
Kenyataan yang tular di laman sosial Facebook bahawa seramai 58 orang warga tempat dan warga Thailand yang datang dari Thailand didakwa ditahan dan dikuarantin di sebuah hotel di Sungai Petani.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah hotel di Sungai Petani di sini dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan individu yang pulang dari luar negara di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, hotel itu dijadikan pusat kuarantin selaras dengan keputusan kerajaan bahawa semua individu yang baharu balik dari luar negara perlu menjalani kuarantin untuk mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

"Mereka yang disaring negatif akan dikuarantin di pusat kuarantin berkenaan selama 14 hari.

"Mereka juga akan disaring semula pada hari ke-13 dan sekiranya negatif mereka akan dibenarkan keluar dari pusat kuarantin tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mesej tular mendakwa ada sekumpulan rakyat tempatan dan warga Thailand yang ditahan dan dikuarantin di sebuah hotel di Kedah.

Semalam, tular di laman sosial Facebook bahawa seramai 58 orang warga tempatan dan warga Thailand didakwa ditahan dan dikuarantin di sebuah hotel di Sungai Petani.

Setakat ini, mesej yang tular telah dikongsikan sebanyak 1,000 kali dan menerima 577 komen.

Artikel Berkaitan: