Rempuh kenderaan tepi jalan elak ditahan polis

Kereta jenis Mercedes yang dipandu suspek merempuh beberapa buah kenderaan di tepi jalan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, semalam.
Kereta jenis Mercedes yang dipandu suspek merempuh beberapa buah kenderaan di tepi jalan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua lelaki bertindak memecut laju kereta dinaiki sehingga melanggar beberapa buah kenderaan lain di tepi jalan dipercayai bagi mengelak ditahan polis yang melakukan sekatan di kawasan Empire Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada awalnya kereta jenis Mercedes-Benz dinaiki dua suspek berkenaan ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 1 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Polis merampas dadah susulan tertangkapnya dua lelaki di Petaling Jaya, semalam.
Polis merampas dadah susulan tertangkapnya dua lelaki di Petaling Jaya, semalam.

"Ketika hendak diperiksa, suspek bertindak memecut laju keretanya hingga melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di tepi jalan sebelum terus menghala ke Apartment Flora Damansara, Petaling Jaya.

"Bagaimanapun, suspek berusia 25 dan 33 tahun itu berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menjumpai satu tiub straw mengandungi bahan kristal disyaki dadah syabu serta satu patung berisi empat plastik juga disyaki berisi syabu.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat berkenaan pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: