X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Penduduk berdekatan Surau Al-Jannah berjaga-jaga

Keadaan lengang di hadapan Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam di sini setelah surau tersebut ditutup.
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata penduduk yang tinggal berhampiran atau kira-kira 50 meter dari Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam di sini bimbang terhadap risiko wabak koronavirus (Covid-19) susulan surau berkenaan ditutup berikutan dakwaan terdapat seorang ahli jemaah mempunyai konteks rapat dengan seorang individu yang disahkan positif wabak tersebut iaitu dari Kluster Sivagangga.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zabedah, 50, berkata, dia dan ahli keluarganya yang lain mengambil langkah berjaga-jaga berikutan maklumat tersebut memandangkan kediamannya terletak kira-kira 50 meter dari surau berkenaan.

"Saya agak risau sebab rumah saya tak jauh dari surau. Perasaan risau tu memang ada walaupun saya sudah lama tidak ke surau sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, saya dan keluarga sentiasa memohon perlindungan daripada ALLAH agar dijauhkan daripada segala bahaya akibat wabak Covid-19," katanya kepada Sinar Harian.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan jawatankuasa Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam di sini menutup semua operasi surau termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau itu.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan jawatankuasa Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam di sini menutup semua operasi surau termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau itu.

Seorang lagi penduduk, Mohd Hasnadi, 40, berkata, selepas mendengar maklumat itu dia dan keluarganya terus mengurangkan aktiviti luar.

"Saya tidak lagi benarkan anak-anak bermain di luar rumah. Bukan apa saya risau, rumah pun tak jauh dari surau, Jadi saya dan keluarga ambil langkah berjaga-jaga," kata lelaki tersebut.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan jawatankuasa Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam di sini menutup semua operasi surau berkenaan termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Al-Jannah.

Penutupan itu dibuat berikutan terdapat ahli jemaah surau itu yang mempunyai konteks rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!