X

Kindly register in order to view this article
!

DAP Kedah harap Guan Eng dibicarakan secara telus

Gambar dari kiri: Lim Guan Eng, Tan Kok Yew
A
A

ALOR SETAR - DAP Kedah berharap pendakwaan dan perbicaraan berkaitan rasuah terhadap Lim Guan Eng berlangsung secara telus tanpa unsur politik.

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, pihaknya menzahirkan sokongan padu dan sentiasa berdiri teguh bersama Setiausaha Agung DAP berkenaan yang didakwa di mahkamah berhubung projek terowong dasar laut.

"DAP Kedah berpandangan bahawa pendakwaan terhadap Guan Eng adalah bermotif politik kerana kes ini telah selesai siasatan pada 2018 tanpa sebarang tindakan lanjut.

"Justeru, DAP Kedah berharap pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah yang akan dijalankan nanti benar-benar telus dan tidak dipengaruhi sebarang unsur berbaur politik," katanya menerusi satu kenyataan, di sini.

Katanya, mereka percaya bahawa sistem kehakiman yang bebas tanpa pengaruh dan cengkaman politik akan memberikan keadilan kepada Guan Eng yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan itu.

Semalam, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung pertuduhan meminta rasuah melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Garden, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

ARTIKEL BERKAITAN Taktik kotor mahu jatuhkan DAP, kata anak Guan Eng

Guan Eng mengaku tidak bersalah


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!