Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Abd Jalil

Allahyarham Datuk Abd Jalil Ali
Allahyarham Datuk Abd Jalil Ali
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengucapkan takziah kepada keluarga Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali yang meninggal dunia pagi ini.

“Al Fatihah. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Yang Berbahagia Datuk Abd Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian dan juga tokoh media negara.

“Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya di laman Twitter hari ini.

Berita pemergian Allahyarham itu disahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub di laman Twitter beliau.

Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. - Bernama

Artikel Berkaitan: