X

Kindly register in order to view this article
!

31 penagih ditahan dalam bangsal

Kesemua 31 lelaki ditahan reman untuk siasatan lanjut.
A
A

KEPALA BATAS - Polis menyerbu sarang penagih dadah dan menahan 31 lelaki termasuk seorang warga Thailand di Kuala Muda, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua penagih dadah itu ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis SPU bermula jam 6 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, operasi tersebut turut dibantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) SPU.

"Kesemua penagih dadah berusia lingkungan 20 hingga 62 tahun itu ditahan ketika berada di bangsal yang dijadikan lokasi menghisap dadah. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan, buruh dan bekerja sendiri.

"Kita turut merampas 76.4 gram syabu, 16.1 gram heroin, 19 pil eramin dan 0.3 gram ganja. Hasil siasatan mendapati dadah dirampas adalah untuk dijual di sarang penagihan dadah di kawasan Kepala Batas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM9,000.

"Ujian saringan air kencing kesemua suspek positif morfin dan syabu. Dua daripada mereka direman tujuh hari sehingga 14 Ogos manakala 10 lagi, direman empat hari sehingga 11 Ogos.

"19 suspek lagi ditahan reman 14 hari oleh AADK sehingga 21 Ogos. Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!