Kereta remuk teruk tapi penumpang hanya luka kecil

Kereta BMW yang remuk teruk dalam kemalangan di persimpangan 24, lebuh raya M1, England baru-baru ini. - Foto LFRS
Kereta BMW yang remuk teruk dalam kemalangan di persimpangan 24, lebuh raya M1, England baru-baru ini. - Foto LFRS
A
A
A

LONDON - Seseorang akan berasa bertuah jika dia terselamat dalam kemalangan ngeri yang boleh meragut nyawa.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemandu kereta apabila hanya mengalami kecederaan kecil selepas terlibat dalam nahas melibatkan dua buah lori di Britain pada 5 Ogos lalu.

Menurut portal berita LeicestershireLive pada 6 Ogos lalu, pemandu kereta BMW itu hanya mengalami kecederaan kecil walaupun kenderaannya remuk teruk.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Leicestershire (LFRS) menyiarkan gambar-gambar nahas itu di laman sosialnya dan berkongsi maklumat tentang kejadian tersebut.

Nahas itu berlaku di persimpangan 24, lebuh raya M1 yang menuju ke Lapangan Terbang Midlands dan Loughborough pada kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan.

Berikutan nahas itu, empat orang yang menaiki kereta tersebut terperangkap dan terpaksa dikeluarkan melalui operasi yang dianggap rumit oleh bomba.

Mereka kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan salah seorang daripadanya ialah kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun tetapi dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

Empat orang yang menaiki kereta itu pada mulanya terperangkap dan tidak boleh keluar sehingga memaksa aanggota bomba bertindak menggunakan pelbagai peralatan bagi mengeluarkan mereka dengan selamat.

Artikel Berkaitan: