Al-Sultan Abdullah jadi contoh belia

Zafril (kanan) menerima anugerah Ikon Belia di Maran yang disampaikan oleh Al Sultan Abdullah, tahun lalu.
Zafril (kanan) menerima anugerah Ikon Belia di Maran yang disampaikan oleh Al Sultan Abdullah, tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah, sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-16, menyemarakkan harapan belia daerah untuk terus menabur budi dan bakti.

Pengerusinya, Zafril Nasir berkata, ini kerana peribadi Al-Sultan Abdullah yang dikenali dengan sikap mesra rakyat dan sentiasa menyantuni anak muda khususnya di daerah Maran, ketika baginda bergelar Pemangku Raja lagi.

"MBD merafak sembah dan mengucapkan setinggi tinggi tahniah atas pelantikan Al-Sultan sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda sentiasa berpegang kepada prinsip Raja dan rakyat berpisah tiada yang dikagumi rakyat jelata.

“MBD percaya bahawa Tuanku dapat mentadbir negara dengan adil dan sakmasa serta memakmurkan Malaysia kerana baginda sangat prihatin permasalahan rakyat jelata,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, Tuanku sangat tidak asing dengan belia di Maran malah, Tuanku pernah bersama dengan belia dalam pelbagai aktiviti, dan mencemar duli menyampaikan anugerah Tokoh Belia kepada belia-belia di negeri Pahang.

Jelasnya, ketokohan baginda amat terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelusuk dunia kena baginda bergiat aktif terutama dalam bidang sukan bolasepak dan hoki.

"MBD Maran memohon perkenan baginda agar dapat membantu para belia dan pertubuhan belia di beri ruang dan peluang dalam masyarakat.

"Pihak kerajaan sekarang harus membantu belia-belia dari segi bantuan kewangan kepada pertubuhan belia seperti mana kerajaan terdahulu," katanya.

Artikel Berkaitan: