X

Kindly register in order to view this article
!

Quartararo akui cukup bersedia

Quartararo bertekad memburu kemenangan ketiganya musim ini. - Foto Petronas SRT
A
A

PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mengakui tidak berdepan tekanan di sebalik ketiadaan juara dunia Marc Marquez pada Grand Prix (GP) Republik Czech.

Pelumba dari Perancis berusia 21 tahun itu berkata, dia sudah cukup bersedia mengharungi perlumbaan di Litar Brno berdasarkan dua kemenangan pada GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez sebelum ini.

Pada masa sama menurutnya, dia tidak memikirkan mengenai kejuaraan dunia dalam usaha memburu kemenangan ketiganya musim ini.

“Ketika ini saya tidak memikirkan mengenai kejuaraan dunia, sebaliknya ia hanyalah perlumbaan ketiga bagi musim ini. Saya akan mengambilnya daripada satu perlumbaan kepada satu perlumbaan yang lain.

“Bagi saya, ia agak penting kerana saya tidak pernah berada dalam situasi seperti hari ini dan pada tahap begini.

“Saya rasa ia bukan sesuatu yang baik untuk memikirkan mengenai kejuaraan dan hanya berfikir seperti sebelum ini agar tiada tekanan yang dirasai menjelang perlumbaan,” katanya.

Kehadiran Quartararo ke Litar Brno kali ini menjadikan dirinya pelumba pilihan yang perlu ditewaskan pelumba lain berikutan kecederaan dialami Marquez.

Sementara itu, Quartararo berkata, ketiadaan Marquez kali ini secara tidak langsung membuka peluang kepada pelumba lain memenangi perlumbaan.

Katanya, GP Republik Czech kali ini juga pentas terbaik kepada pelumba lain untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

“Bagi saya sama ada dengan kehadiran Marquez atau tidak, kita tetap perlu berjuang untuk apa yang kita inginkan. Ia juga sama bagi kesemua pelumba yang lain,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!