McPhee yakin pasukan lakukan sesuatu jamin kejayaan

McPhee (kanan) dan Khairul Idham
McPhee (kanan) dan Khairul Idham
A
A
A

PELUMBA Moto3 Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), John Mcphee yakin pasukan berkenaan berpeluang melakukan sesuatu bagi menjamin kejayaan pada Grand Prix (GP) Republik Czech di litar Brno, hujung minggu ini.

McPhee berkata, dia berpuas hati dengan pencapaiannya pada sesi ujian bebas hari ini dan akan terus melakukan yang terbaik pada sesi kelayakan esok.

"Saya rasa sungguh selesa berlumba di trek ini. Biarpun agak berbeza, tetapi saya benar-benar sukakannya.

"Saya mengharapkan pasukan dapat melakukan yang terbaik pada sesi kelayakan esok dan kami mahu berada pada posisi terbaik untuk memulakan perlumbaan sebenar nanti," katanya.

McPhee muncul naib juara GP Andalusia 26 Julai lalu setelah gagal menamatkan perlumbaan pada GP Sepanyol pada 19 Julai lalu yang juga perlumbaan sulung musim ini.

Sementara itu seorang lagi Pelumba Moto3 Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Khairul Idham Pawi berkata, dia begitu positif untuk mengharungi sesi kelayakan esok.

Menurutnya, dia juga semakin menyesuaikan diri dengan jenteranya setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan, terutamanya pada bahagian hadapan jentera.

"Sejak pagi saya benar-benar positif kerana saya semakin dapat menguasai jentera saya setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan.

Artikel Berkaitan:

"Ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk melakukan yang terbaik pada sesi kelayakan esok," katanya.