Filipina tertinggi di ASEAN kerana banyak lakukan saringan Covid-19

Pemandu bas 'jeepney' beratur di sebatang jalan di Manila bagi meminta bantuan makanan daripada orang awam selepas hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Pemandu bas 'jeepney' beratur di sebatang jalan di Manila bagi meminta bantuan makanan daripada orang awam selepas hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.
A
A
A

MANILA - Filipina menolak laporan bahawa ia mengatasi Indonesia sebagai negara paling terjejas teruk akibat pandemik koronavirus (Covid-19) dalam rantau ASEAN.

Sebaliknya, Filipina memberi alasan ujian saringan yang banyak menyumbang kepada penemuan dan peningkatan kes baharu di negara tersebut.

Semalam Filipina merekodkan 3,561 kes tambahan menjadikan jumlah kes positif kumulatif di negara itu meningkat sebanyak 119,460.

Peningkatan drastik itu berlaku selepas pemerintah bertindak melonggarkan perintah berkurung antara terpanjang di dunia pada Mei lalu.

"Kami menjalankan ujian saringan secara agresif berbanding Indonesia dan tidak bermakna kes jangkitan kami lebih tinggi daripada mereka.

"Angka mereka lebih rendah kerana ujian saringan yang sedikit dan tidak menyeluruh.

"Siapa tahu, mungkin lebih ramai rakyat Indonesia yang dijangkiti virus itu," katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa kesihatan Filipina telah menjalankan 1,667,831 ujian saringan.

Artikel Berkaitan:

Jumlah tersebut amat tinggi berbanding Indonesia yang hanya menjalankan 908,000 ujian saringan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Selasa lalu, Presiden Rodrogo Duterte mengumumkan sekatan pergerakan di pusat bandar Metro Manila termasuk empat wilayah berdekatan sehingga 18 Ogos ini.

Setakat semalam, Filipina merekodkan 122,754 kes kumulatif positif dengan 2,168 kematian. - Agensi