Isteri Guan Eng ditahan SPRM

Betty dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pagi tadi.
Betty dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew bagi membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta.

Ketika mengesahkan penahanan itu, peguam Lee Khai yang mewakili Betty berkata, SPRM sedang menyiasat satu laporan berhubung sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Betty .

"Saya bertindak sebagai peguam Betty dan menemani beliau untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan pada hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Betty yang ditemani peguam dan adik iparnya Lim Hui Ying tiba di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada jam 10.45 pagi untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Berdasarkan pemantauan petugas media yang 'berkampung' di pekarangan bangunan SPRM Pulau Pinang, Chew masih berada di dalam pejabat suruhanjaya itu setakat 4 petang tadi.

Mengulas lanjut, Lee berkata, wang jaminan sebanyak RM50,000 telah disediakan bagi mengikat jamin Betty . - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin DAP bersolidariti, sedia lawan untuk Guan Eng

Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Artikel Berkaitan: