Perbicaraan kes anak pengasas Dnars 24 Ogos depan

Izzat (kanan) mewakili Mohd Aqbar Hakim (dua dari kiri).
Izzat (kanan) mewakili Mohd Aqbar Hakim (dua dari kiri).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah menetapkan tarikh 24 Ogos depan untuk perbicaraan melibatkan anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya menerusi pesanan ringkas WhatsApp pada 15 Jun lalu.

Majistret, S Mageswary menetapkan tarikh itu selepas pertukaran dokumen dan bahan bukti diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh Mohd Aqbar Hakim Jasman, 20, diwakili peguam Muhammad Nur Izzat Nordin.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Aqbar Hakim pada jam 8.45 malam di pusat beli belah di Bukit Bintang telah menakutkan secara jenayah terhadap Ahmad Shahrizal Ibrahim, 43, dengan ugutan mahu menyebabkan kematian menerusi pesanan ringkas WhatsApp, "Papa ingat deh kalau adik ore mati ore gi pancung blako".

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

Artikel Berkaitan: