Amni dilantik Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan baharu

AMNI
AMNI
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, Amni Idris dilantik sebagai Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan yang baharu menggantikan penyandangnya, Azlinah Zamli.

Pelantikan tersebut dilakukan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh setelah melalui proses pengundian dengan Ketua-Ketua Wanita PKR Cabang di Negeri Sembilan dan perundingan bersama Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ketua Penerangan Wanita PKR Negeri Sembilan, Noraini Nordin berkata, diharap Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan yang baharu dilantik dapat meneraju parti dengan lebih sempurna dengan memartabatkan perjuangan wanita dalam parti.

"Kita berharap kepimpinan wanita yang dibentuk nanti akan bersifat inklusif, reformis, berintegriti, merakyatkan dan konsisten memperjuangkan keadilan untuk semua," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Amni berkata, agenda utama yang akan dilaksanakan adalah untuk memperkasa kaum wanita di negeri ini.

"Antaranya memantapkan wanita di kampung dan Felda bagi memastikan minda mereka bebas daripada jajahan parti politik lain.

"Kita juga akan membantu kerajaan negeri dengan memberi penerangan tentang kejayaan dan kebaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang banyak melaksanakan kebajikan serta dasar yang mengutamakan rakyat.

"Ini penting bagi memastikan kerajaan negeri PH dapat terus menerajui Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti " katanya.

Artikel Berkaitan: