87 tan bawang besar dari India dirampas

Bawang besar dari India yang dirampas.
Bawang besar dari India yang dirampas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas kira-kira 87 tan bawang besar dari India ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Selasa lalu.

Rampasan itu dilakukan ketika pemeriksaan rutin kira-kira jam 4.20 petang selepas produk berkenaan didapati dibawa masuk tanpa mematuhi syarat permit import.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, siasatan pihaknya mendapati pengimport tidak mematuhi syarat permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakaun 3P (penggredan, pembungkusan dan pelabelan).

“Sebanyak 87,004 kilogram bawang besar yang bernilai RM64,852 dirampas bagi siasatan lanjut.

"Kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Artikel Berkaitan: