USIM sanitasi enam lokasi serentak di sekitar Nilai

Kerja-kerja sanitasi yang dilakukan di sekitar Nilai hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Kerja-kerja sanitasi yang dilakukan di sekitar Nilai hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
A
A
A

NILAI - Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada komuniti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanakan program sanitasi perdana di enam buah lokasi serentak hari ini.

Lokasi berkenaan ialah Rumah Anak Yatim Walidaina, Senawang; Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani, Bandar Baru Nilai dan surau-surau berhampiran USIM iaitu Surau At-Taqwa Desa Anggerik, Surau Raudhah Al Mukhlisin Desa Jati, Surau Muhajirin Desa Kasia dan Surau Al Mahabbah Desa Indah.

Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Pengantarabangsaan) USIM, Profesor Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin berkata, program berkenaan adalah selaras dengan misi USIM 2020 untuk menjadi sebagai sebuah Universiti Sains Islam glokal dan berimpak tinggi di bawah teras strategik iaitu libat sama masyarakat.

“Ini merupakan satu bentuk program kepada komuniti universiti di Negeri Sembilan dan inisiatif USIM untuk membantu proses pemulihan komuniti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Ia juga sebagai tanda keprihatinan universiti menerusi sokongan material dan spiritual kepada komuniti yang terjejas dan bagi memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga USIM," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, seramai 60 orang kakitangan USIM terlibat dalam program itu dan turut diadakan sumbangan berupa lima kotak pelitup muka dan lima botol cecair pembasmi kuman di setiap lokasi.

Artikel Berkaitan: