Kematian akibat Covid-19 di AS meningkat lebih 160,000

AS kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda pandemik itu dengan jumlah kes dan kematian tinggi.
AS kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda pandemik itu dengan jumlah kes dan kematian tinggi.
A
A
A

MOSCOW - Jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) telah melebihi 160,000 orang.

Agensi berita Sputnik, yang memetik data daripada Johns Hopkins University, melaporkan bahawa jumlah kematian yang tepat adalah 160,090 pada 02:00 GMT, Jumaat.

AS mengesahkan 4,881,974 kes Covid-19), dengan 1,598,624 orang telah pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. AS kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda pandemik itu, iaitu dari segi jumlah kes dan jumlah kematian.

Artikel Berkaitan: