Isteri Guan Eng hadir ke pejabat SPRM

Betty dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pagi tadi.
Betty dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Isteri bekas Menteri Kewangan, Betty Chew Gek Cheng tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Difahamkan, Betty hadir ke pejabat SPRM pada jam 10.45 pagi untuk memberi keterangan berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.

Isu pembelian banglo oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lin Guan Eng menjadi kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac empat tahun lalu.

Guan Eng kemudiannya mendakwa, transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual iaitu ahli perniagaan, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

Beliau berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

Sehubungan itu, Guan Eng dituduh di Mahkamah Pulau Pinang membeli lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng, sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada harga yang dia tahu tidak sepadan dengan nilainya daripada Li Koon pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin DAP bersolidariti, sedia lawan untuk Guan Eng

Artikel Berkaitan:

Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai, 2015.

Tuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada September 2018, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan memohon supaya Guan Eng dan Li Koon hanya dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.